klausa kerol

Tools ‹ klausa kerol — WordPress

November 6, 2009 · Tinggalkan Komen

→ Leave a CommentKategori: kesihatan
Tagged:

Lagu Kedua – Kau Seadanya 2008

Jun 9, 2009 · Tinggalkan Komen

 

  Ini lagu kedua dalam bahasa Melayu. Jiwang tuuu..hahaha..layan…kengkadang tu aku ni nak buat lagu ala ala Nirvana atau yg ganas sikit tapi lagu macam ni gak yg terkuar. Sori kalau kualiti tak berapa bagus..maklum la rakam pakai handphone ar..

→ Leave a CommentKategori: video
Tagged: , , , ,

My First Song – All Is Me…1999

Jun 9, 2009 · Tinggalkan Komen

   

   Lagu ni aku cipta pada tahun 1999. Berulang2, flat dan dull. Memang pendek dan lirik simple je. Biasa la baru nak kenal gitar masa tu. Thanks to my friend Zali a.k.a plug, Endang dan Sharul yg turut menyumbangkan idea utk lagu ni. Woit, bila boleh jamming ar?

→ Leave a CommentKategori: video
Tagged: , , ,

Retraining Course Acting CC & Senior 2nd Clerks

Mei 15, 2009 · Tinggalkan Komen

mencekik time!

makan time copy

       Sori arr..aku amik foto masakorang tengah melantak. Masa ni seramai 19 orang kerani2 dari seluruh semenanjung menghadirkan diri di KLK Club di Ipoh. Kursus yang dijalankan selama sminggu bermula dari 11hb Jun 2009 hingga 16hb Jun 2009 memang ada bagusnya walaupun tak dinafikan akan kebosanan semasa berada di dalam kelas dan mendengar lecturer yang pastinya ada yang mengantukkan.

      Sebenarnya ada banyak lagi foto yang aku nak uploadkan kat sini tapi masa tak berapa mengizinkan. Sibuk sikit dengan urusan keluarga dan kerja. So result assesment masih belum dapat lagi dan aku tak kisah macam mana dengan result aku sebab yang penting aku dah contribute untuk company KLK ni dari segi idea yang sepatutnya mereka dah lama implement dalam syarikat diorang. Idea aku adalah nak melihat IT menguasai sepenuhnya sistem pengurusan dan data secara total supaya dapat mengelakkan banyak kesilapan dan menjimatkan masa. Alhamdulillah setakat ni management ada menerima pakai beberapa idea aku yang mungkin kecil pada sesetengah orang tetapi pada aku lebih baik kita jangan memandang rendah akan setiap perkara yang pada kita remeh temeh tetapi boleh menganggu sesuatu sistem. Itu pada pendapat aku la. Aku tak tau macam mana pendapat orang lai. So far aku dapat response yang positif dari kengkawan aku yang lain.

     Aku berdoa korang semua berjaya dan juga dimurahkan rezeki selalu. Amiinn..

 

 

→ Leave a CommentKategori: kerja
Tagged: , , , , , ,

Ladang Subur

Mei 4, 2009 · Tinggalkan Komen

ofis yang dah berkurun..

Kat sinilah tempat aku kerja. Bandar terdekat dari Ladang Subur Taiping(34km). Pekan yang glamour pekan Batu Kurau. Haru biru estet nih. Nama memang subur la, rupa2nya subur ngan masalah…insya-Allah akan disuburkan dengan berbagai2 kebaikan.

botanical garden, ladang subur

Botanical Garden. Masih dalam pembikinan. Manager aku punya idea dan memang bagus ada benda2 macam nih dalam estet yang biasanya sunyi sepi. So, aku memang suka ada konsep taman macam nih..it’s cool. Plan nak buat bbq kat sini dan jugak utk pelbagai majlis keraian.

signboard

Kalau korang nak datang melawat kakitangan Ladang Subur boleh la rujuk kat sini. Tapi aku belum duk dalam lagi la, still tinggal kat luar di Batu 20, Kg. Yaman(5km). Hari2 kena ulang alik..nasib baik tak jauh sangat. Kengkadang aku travel pakai motor(kalau cuaca ok ar..) tapi bila hari semacam nak hujan jer aku bawak keta kancil aku. Jahanam transport aku kan? Biasa ar tu…nak buat macam mana, ni la dinamakan estet yang seiring dengan kemajuan zaman(hehe..)

jalan ke taiping

Sempat aku berhenti tepi jalan dan snap satu shot(ada lagi tapi aku pilih yg ni sebab ni nampak ok skit.) Ni jalan menghala ke Taiping. Sebelah kiri jalan nih kawasan replant kelapa sawit yang dah berusia 3 tahun(PR08A/23ha.) Memang panas kerja kat area cam ni..pokok tak tinggi lagi. Kat area ni bila hujan lebat, air naik sampai atas jalan tapi tak de la sepanjang jalan..2 3 tempat je. Sebelah kanan aku ni ada kawasan perkampungan dan tanah2 milik persendirian. Tak banyak rumah kat area nih. So, kalau malam2 tu ada ngeri skit ar. Ada kenderaan lalu pun tak banyak.

→ Leave a CommentKategori: kerja
Tagged: , , , , , , , , , , ,

Perancangan Bandar

Mei 2, 2009 · Tinggalkan Komen

Bila gi keluar jalan2 kat kampung2, pekan2 dan bandar2 nih, aku selalu jadi serabut sebab susun letak bangunan yang tidak teratur dan yang makin menyerabutkan aku adalah jalan2 yang kengkadang tu tak berapa strategik. Sistem trafik yang teruk menyebabkan aku susah nak menyesuaikan diri.

Aku selalu terfikir agaknya perancang bandar dah mati akal sebab dah tak boleh nak buat apa. Apa tidaknya, perancangan bandar sebelum ni pun dah memang teruk, tidak sistematik. Apa salahnya kalau bank2 diletakkan di satu kawasan, pasaraya2 besar dan hypermarket di satu kawasan pulak, taman perumahan pun kan elok di letakkan di zon yang lebih sesuai dan setempat di mana sekolah2 juga di atur mengikut kondisi taman perumahan. Tak boleh ker kalau jabatan2 kerajaan dikhaskan di zon yg tertentu? Dan kemudian jalan2 di bandar plak kan senang nak diuruskan sekiranya zon2 ini telah ditetapkan(kena susun atur semula la gamaknya..hehe..banyak budget tu).

Memang bukan kerja mudah, negara kita pun tak lah berduit sangat sampai perlu rombak susun letak sistem perbandaran kat seluruh negara. Apa yg ada just teruskan..tapi perit sikit la nak biasakan. Suka atau tak kena je la hadap semua nih. Kalau nak buat gak, aku kenala bukak negara sendiri pastu susun cantik2 semuanya. Hahahaha…Tapi aku selalu terbayang alangkah bagusnya kalau kita tinggal di satu tempat yang benar2 tersusun, bersistematik dan canggih. Dengan aplikasi IT dan teknologi dalam sistem perbandaran dan trafik maka aku rasa semuanya nampak best dan lancar jer..Mungkin masalah trafik jam boleh dikurangkan sebanyak 90%(fuh dahsyatnya stastistik aku nih!).

Bandar yg moden memang aku selalu impikan tapi siapalah aku dan aku yakin aku dan kita semua takkan dapat bandar yang benar2 sofistikated! Hehe..lupakan je la Kerol..

→ Leave a CommentKategori: tempat
Tagged: , , , , , ,

Rokok oh Rokok…

April 30, 2009 · Tinggalkan Komen

http://1.bp.blogspot.com/_PSSBKI-il0c/SQv9LJMvddI/AAAAAAAAAIE/RDyXJzaE4Nc/s400/ne_05.1%5B1%5D.jpg

Aku ni seorang perokok tegar dan memang sedar ni satu tabiat yang amat buruk. Ntah bila dapat berhenti pun tak tau lagi. Semuanya salah diri aku sendiri gak. Bila terpandand org sekeliling yang tak merokok, aku jadi cemburu sebab aku rasa tentu seronok sebab tak perlu bersusah payah menghabiskan masa dengan sesuatu yang bakal menghabiskan nyawa aku.

Kesan merokok nih memang tak ada yang baik walau apa jua alasan yang diberikan. Tension…? tak lah! Sebenarnya dah ketagih. Sebenarnya tabiat merokok ni amat memalukan diri aku sendiri. Setakat nak berdoa je tak jadi kalau tak de usaha2 amali nak stopkan ketagih merokok nih. Aku memang berniat nak berhenti merokok, tapi niat tinggal niat…So, kepada aku, berhentilah merokok.

Sekarang n pun kat kotak rokok pun dah ada gambar2 yang tak sanggp nak aku tengok. Jadi serba salah bila aku nak beli rokok yang ada gambar2 yang mengerikan nih. Kenapa la letakkan gambar2 tu..tak sesuai ar..huhu.. Letak la gambar utamakan keselamatan dah la macam contoh kat bawah ni ha,

Ni cadangan aku je la..huhu..

→ Leave a CommentKategori: kesihatan
Tagged: , , , , ,

Cak Cak…Ntah Apa2

April 29, 2009 · Tinggalkan Komen

Siapa rasa Cak Cak 2009 tak best, anda adalah anjing!

EH HELLO…..ANJING ANJING JALANAN OOI…..KALAU TAK TERSOHOR…..KALAU TAK TERUNGGULLLL………….MASA KAN…..ASTRO BOLEH TAYANG KAN????

YANG DOK MENGATA…..MENGHANJJJJ…..KAN AZWAN ALI….HANYA LAH ANJING ANJING JALANAN….LAGI KURAP…..LAGI HAMPEH…..LAGI BAKAL AHLI NERAKA……DAN LEBIH BERSIFAT PHD JER……………

ADA AKU KISAH???? JANJI CUKUP JAM…..AKU SHOOTING…..CUKUP JAM….AKU EDITING……CUKUP JAM…..PROGRAM HEBAT AKU TAYANG………….CUKUP JAM…..DAPAT POJIAN SELURUH ALAM MAYA…..CUKUP JAM…..ASTRO BAYAR…..CUKUP JAM….KAYA RAYA…..CUKUP JAM?????

- Petikan dari entri di Blog Azwan Ali

Oh! Artis antara yang terasa disamakan dengan anjing gara-gara tidak berapa gemar nak menonton rancangan lawak bodoh nak mampus si Azwan Ali ni. Membaca artikel blog si Azwan Ali ni betul-betul mampu membuatkan anda muntah darah. Berulang-kali dia mendakwa rancangan Cak Cak 2009 yang ditayangkan seminggu sekali di Astro Ria sebagai rancangan komedi paling bermesej no 1 negara. Oh my God!! Ditonton oleh “berbilion” manusia pulak tu.

Kalau ada yang ketawa pun, hanya dengan gelagat para pelakon yang hebat-hebat seperti Ibu Rosnah Mat Aris, Sathiya, Elly Suriati dan beberapa pelakon komedi yang lain. Kehadiran artis-artis undangan seperti Jaclynn Victor dan Mila AF5 tidak ubah hanya sekadar ‘memancing’ untuk kita menonton rancangan tersebut.

Nak diharapkan jalan cerita, mesej atau apa sahaja dalam cerita tu, langsung tak boleh pakai. Pelik juga mengapa Astro nak menayangkan rancangan-rancangan seperti itu yang hanya akan menjatuhkan kredibiliti Astro sebagai penyiar swasta berbayar di Malaysia.

Untuk Astro, stop’kan lah rancangan macam tu dan lebihkan pada rancangan yang lebih santai dan berilmiah. Lawak-lawak bodoh macam idea si Azwan Ali dalam Cak Cak 2009 tu, masuk Majalah Ujang pun tak layak.

Biarlah menjadi anjing kerana tak menonton rancangan Cak Cak 2009 tu. Tapi jangan sama standard dengan anjing yang menyalak-nyalak tanpa mempedulikan pandangan orang lain. Sekian!

Demi Allah, langsung takde sifat nak mendengki Azwan Ali punya karya ni pun. Cuma itulah hakikat buat mereka yang berfikiran waras dan tak boleh menerima karya yang sebarangan. Kalau bukan Azwan Ali yang buat pun, orang kritik juga. Anda bukanlah hebat mana pun sampai ramai yang nak dengki.

- Artikel by Khai

__________________________________________________________________________________________

Aku memang tak berkenan dengan program Azwan Ali yang ternyata tidak berfaedah dan langsung tiada nilai. Bukan aku bencikan orangya tapi kalau korang tengok program dia, memang sepatutnya berasa malu dengan kualiti karya dan idea yang cuba ditonjolkan. Dan secara jujurnya aku memang bersetuju dengan pendapat penulis asal artikel kat atas pada tahap tak terhingga…memang totally out dan memalukan, malah menjatuhkan kredibiliti banyak pihak.

Astro, korang nikan ada nama skit kat Malaysia nih, tapi tolonglah jangan terlalu murah dengan konsep dan idea dalam menyediakan rancangan kat rakyat Malaysia. Tak tau macam mana la korang boleh benarkan program Azwan Ali ni ditayangkan. Bukan nak sekat rezeki atau ada menyimpan dengki tak tentu pasal, tapi aku rasa Astro pun patut tahu la apa makna kualiti yang sebenarnya.

Kepada owner program yang hampeh lagi haprak nih, tolonglah akui program ko tu memang tiada kualiti dan memperbodoh2kan org lain. Aku rasa Amir a.k.a I’m Sorry lagi best. Man Belon punya lawak pun sanggup lagi aku dengar. Enough is enough…

Pada yang tak bersetuju dengan pendapat aku, aku mintak maaf bebanyak(perlu ke aku mintak maaf?), sebab aku tak rasa program ni dapat secebis pengiktirafan dan darjat yang tinggi di kalangan penonton Malaysia. Pengisian tu penting sebab itu menggambarkan jiwa yang berkarya secara kasar(tak banyak sikit pun dah nampak). So, fikirkanlah dengan mendalam tentang program nih.

→ Leave a CommentKategori: artis
Tagged: , ,

Broadband

April 26, 2009 · Tinggalkan Komen

Aku tak pasti sejauh mana perkembangan pemasangan jalur lebar di negara kita ni..so far yg aku tau, masih dalam proses. Memang agak lambat TELEKOM buat keje…terpaksa la bersabar. Aku sekarang ni terasa kecik hati sikit dengan khidmat jalur lebar ni sebab pengguna2 di kawasan luar bandar macam aku ni (yg bekerja di dalam estet) tidak mendapat liputan yg memuaskan. Macam biasa la, golongan2 pengguna di luar bandar memang sampai bila2 akan dianak tirikan. Kalau nak diikutkan seruan dan galakan dari kerajaan tu memang la sedap bunyinye. Berkempen akan kesedaran ttg penggunaan komputer dan internet…malangnya propaganda je yg lebih.

Terasa sangat penyedia dan pengeluar khidmat jalur lebar meungutamakan profit daripada memikirkan hak org2 di luar bandar. Kalau macam ni la gayanya, sampai bila2 pun masyarakat kita takkan seimbang dari segi pencapaian knowledgenya. Kecewa tu memang kecewa…mana taknya, skarang ni dah tahun 2009 tapi liputan internet (malah telefon) pun masih tidak memuaskan. Untung..untung dan untung..

Korang yang menyediakan khidmat ni cuba2 la berusaha dengan lebih gigih lagi utk melihat nasib orang2 di luar bandar dan bukannya setakat retorik dan propaganda yg menggunung tu. Kalau kata2 kau ni silap sama sekali aku mintak maaf..tapi hakikatnya sekarang aku berada dalam lingkungan 30km dari Taiping(bandar) tapi cuma dapat line EDGE utk on-line. Slowkan? Nak buat macam mana…terpaksa gak sebab aku memang perlukan internet…maklumlah dunia kita kan semakin canggih utk semua orang.

→ Leave a CommentKategori: internet
Tagged: , , , , , , , , ,

Salahker Ada Dua Motor?

April 24, 2009 · Tinggalkan Komen

“Macam mana ha kerol ada banyak motor?” aku ingat lagi ayat ni yg terkeluar dari mulut seorang manager yg dah tentu gaji beribu ringgit tapi mentaliti dan sikap terhadap org lain macam tak de otak. Marah? Mula2 memang aku marah bila dengar ayat cam tu tapi lama2 aku jadi kelakar sebab ayat ni keluar dari mulut seorang yg bertaraf manager yg aku sangkakan ada kredibiliti sebagai manusia yg dihormati. Meleset!

Soalan dia tu memang aku berasa sedikit pelik sebab seolah2 pekerja macam aku ni terlalu daif dan naif ttg cara hidup dan taraf hidup! Kalau aku mampu apa salahnya? Walaupun tak semewah macam gaya hidup manager2 kat dunia ni yg gaji RM4k ke atas..tapi kalau korang rasa tak nak beli harta itu korang punya pasal la.
Nak beli atau tak itu masing2 punya hal!

Tapi aku percaya soalan yg ditanyakan tu bukan kerana kesian kat aku…tapi curiga dengan aku. Ye la manusia jenis macam ni selalu berprasangka buruk kat org lain. Utk pengetahuan anda(manager tu la..) aku beli motor sepuluh ke seratus atau seribu ker..itu aku punya suka selagi aku mampu.

Memang perkara ni dah lepas dan aku pun dah terangkan kat ‘org ramai’ keadaan sebenarnya. Motor tu bukan aku yg punya tapi aku pinjam ngan kawan aku sebab ari tu motor aku rosak. Kalau dia tanya kat aku ari tu, “Kerol, moto baru ke, mana moto u yg lama?” itu ok la gak….tak la nampak sikap sebenar ko terhadap org lain tu. Rilek la, tak semua orang yg bergaji rendah buat kerja2 tak senonoh kat tempat kerja. Aku tak curi, aku tak songlap harta estet. Aku dgn sedaya upaya aku try to survive dgn apa yg ada. KO tu manager ada tau ker macam mana hidup dgn gaji yg skit tapi kerja makin ari makin banyak dan terus terang aku cakap sistem kerja estet totally out!

Sistem tak strong pas tu simply nak salahkan org lain plak. Come on….kita keje semua sama je..tapi jgn too over nak cari kesalahan org lain. Jangan ingat golongan2 manager ni takder buat salah dan takder wat keje2 kotor. Kita semua tetap manusia. Mungin aku ko boleh tengok sebelah mata tapi ko silap ttg aku, definitely.

Aku tak kisah pun org lain nak beli itu dan ini. Lantak diorang la nak beli apa pun. Itu diorang punya hak dan kemampuan dan…..itu diorang punya peribadi. Sama la macam manager2 lain yg nak beli apa pun…lantak la korang nak beli apa. Aku tak amik kesah dan aku tak perlu amik kesah! Kenapa nak berleceh dgn perkara2 macam ni.

Hatta kalau korang nak beli dgn hasil duit haram pun lantak la…itu pandai2 korang dan kalau tak kantoi itu antara korang dgn Tuhan. Tapi aku memang tak suka la keje songlap menyonglap ni sampai jadi kaya. Nak buat macam mana lagi diorang pandai buat dan diorang pandai tutup. Bukan aku tak penah tegur tapi korang tau je la siapa la aku kan…store clerk dan bukannya polis!

Bukan aku tak tau aktiviti2 manager yg kaki songlap nih…aku tau tapi lantak pi la…jgn korang babitkan aku dah la…sok lusa kalau kantoi ngan company jgn plak babitkan aku sama. Dgn duit songlap korang tu belilah apa yg ko nak. Keje macam biasa, gempak keje macam biasa tapi ’simpan’ tetap simpan gak..hahaha..lawak la korang nih..duit dah banyak pun nak songlap lagi ker? Lantak la……

→ Leave a CommentKategori: kerja
Tagged: , , , , , , , , , , , , ,