nuffnang_bid = “0f5991250162e42249d006305f950777″;
ZON AURAT & TRAGEDI
Tanpa sebarang prejudis aku ingin menulis sikit tentang aurat muslimah secara kasar sahaja. Baru-baru ini aku ada terpandang satu papan tanda di sebuah masjid di Manong, Perak untuk solat Zuhur.
Papan tanda mungkin ada antara korang yang pernah nampak. Kalau ada yang belum pernah nampak sila rujuk foto di bawah.
Apa yang menjadi persoalan dalam kepala aku ni mungkin bukanlah sesuatu yang terlalu jelas untuk diulaskan di sini. Jadi, kenapa aku perlu pening akan hal ni? Umumnya, semua muslimah telah diajar dan mereka tau batasan aurat mereka seperti mana yang telah ditetapkan dalam agama kita iaitu Islam.
Akan tetapi aku harap korang dapat perhaluskan pemerhatian korang dalam isu Zon Aurat ni. Zon Aurat? Apa yang salahnya, memang la semasa berada di kawasan masjid apatah lagi di dalam masjid kita kena tutup aurat. Itu wajib.
Betul, aku setuju. Namun korang sedar atau tak, papan tanda yang aku maksudkan tu, membawa suatu gambaran yang teramat kontra tentang perintah penutupan aurat dalam Islam. Rasanya korang pun tau apa yang nak aku suarakan kat sini. Ya, ZON…atau kawasan tertentu..had kawasan.
Sedikit keliru aku dibuatnya. Apa yang dimaksudkan zon aurat? Adakah maksudnya aurat hanya wajib ditutup semasa berada di ZON tertentu? Jadi…kita bebas buka aurat bila berada seinci di luar masjid? Adakah para muslimah kita hanya perlu tutup aurat di tempat-tempat yang ada unsur-unsur keagamaan sahaja? Dalam zon masjid tutup aurat dan itu wajib, di luar zon para muslimah kita bebas buka aurat? Sekali pandang macam menghina agama Islam tu sendiri. Barangkali juga papan tanda tersebut adalah suatu bentuk sindiran yang sinis kepada para kaum hawa yang beragama Islam. Wallahua’lam…aku sendiri tak berapa pasti dan korang berfikirlah sejenak.
Cuma dari pandangan aku la, papan tanda tersebut amat bermakna untuk kita bermuhasabah diri. Mungkin aku yang berprasangka buruk dan berlebiha-lebihan. Dan kepada para muslimah yang membaca artikel aku ni jangan la ada sebarang sangkaan bahawa aku ni sengaja nak cari kelemahan mahupun keburukan dari orang lain. Aku sekadar menutarakan seuatu yang menarik untuk kita kongsikan.
Yang baik tetap hanyalah dari Allah,
yang buruk semuanya adalah atas kejahilan aku sendiri.
Notakaki:
kepada kaum lelaki yang beragama Islam, kita pun kena jaga aurat kita

sekali sekala cuba solat jumaat di masjid Saidina Abu Bakar di Damansara height. kat sana papan tanda menutup aurat jelas dipaparkan, namun, muslimah dan perempuan LEBIH JELAS melanggar arahan tersebut… org lelaki nak solat, yg pompuan seksi sebuk nak beli belah juadah dan kerepek…. dan mereka melalui "short cut" laluan dalam kawasan masjid!… so , mana penguatkuasaan?sepatutnya, perkara seperti ini, kita kena bersama2 menegur, tak payah tunggu penguatkuasa masjid, kita dah sedar hukum dan dah sdar peraturan di masjid, kalau kita tak tegur nak harap org lain? nanti org lain harap org lain-lain?…disitu lah timbul isu macamana kita martabatkan Agama kita… kita sering tak kisah dengan rule n regulation… malah halal haram pun kita langgar …. tahniah sdr kerol, anda dalam kelas anda untuk mendidik org dikawasan anda… InsyaAllah.